Setahun selepas letupan besar di Beirut, ramai kanak-kanak yang masih trauma
bertambah buruk apabila ekonomi melesat di tengah pandemik covid-19
BEIRUT : Setahun selepas letupan besar di Beirut, satu daripada tiga keluarga di Lubnan mempunyai anak yang masih menunjukkan tanda-tanda trauma.
Laporan tersebut disampaikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa (3/8/2021), memetik berita AFP.
Ledakan di Beirut berlaku pada 4 Agustus 2020. Peristiwa itu mengorbankan lebih daripada 200 orang, mencederakan 6,500 orang, dan merosakkan sebahagian besar ibu kota Lubnan.
“Satu dari tiga keluarga (34 peratus) memiliki anak yang masih menunjukkan tanda-tanda tekanan psikologi,” kata badan PBB untuk anak-anak, UNICEF.
Laporan tersebut berdasarkan bancian terhadap 1,200 keluarga yang dilakukan pada bulan Julai.
“Untuk kes orang dewasa, angkanya mencapai hampir satu daripada dua orang (45,6 peratus),” tambah UNICEF.
Sejak ledakan Beirut, Lubnan juga terus bergelut dengan pandemk vovid-19 dan krisis ekonomi yang terus meningkat.
Bahkan, Bank Dunia memaklumkan krisis ekonomi di Lubnan sebagai antara yang terburuk di dunia sejak pertengahan abad ke-19.
“Setahun selepas itu, kehidupan anak-anak masih lagi dihantui dengan peristiwa tragis itu,” kata Yukie Mokuo, perwakilan UNICEF di Lubnan.
“Keluarga terus berjuang untuk pulih daripada kesan ledakan pada saat yang paling buruk: di tengah krisis ekonomi yang teruk dan pandemik besar,” sambung Mokuo.
UNICEF melaporkan, hampir semua keluarga yang memerlukan bantuan pasca-ledakan Beirut sampai saat ini masih memerlukan bantuan, terutamanya wang tunai dan makanan.
Badan tersebut menambah, ramai orang yang kehilangan pekerjaan akibat letupan itu sampai sekarang belum mendapatkan pekerjaan.
Lubnan masih terus bergelut dengan kemiskinan, inflasi yang melonjak, dan kekurangan bahan asas mulai daripada ubat-ubatan hingga bahan bakar.
“Nyawa anak-anak terancam kerana krisis yang meningkat membuat sebahagian besar keluarga tidak mampu memenuhi keperluan asas mereka,” tutur Mokuo.
— KOMPAS