Semasa

Syarat lengkap vaksin penggalak hadir solat Jumaat tertakluk di Selangor sahaja – JAKIM

KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan ketetapan baharu yang dikemukakan kerajaan Selangor bagi jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat adalah tertakluk pada negeri itu sahaja.

Merujuk surat pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 21 Februari 2022, kerajaan Selangor menetapkan syarat bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid dan surau untuk menunaikan Solat Jumaat perlulah lengkap dua dos vaksin dan vaksin penggalak (booster).

“Sukacita ingin dimaklumkan bahawa syarat berkenaan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negeri berkenaan sahaja.

“Prosedur operasi standard (SOP) solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan perkara ini adalah tertakluk keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

“JAKIM menghormati ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan menasihati umat Islam mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahah dalam mengawal penularan wabak COVID-19 mencapai matlamat.” jelas Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff.

Related Articles

Back to top button