BanjirSemasa

Misi Bantuan Pasca Banjir Gemas : Terkurung empat hari kerana banjir

Gemas : Banjir di Gemas sudah surut, tetapi kerja-kerja bantuan kemanusiaan tidak pernah surut. Mangsa banjir di sana masih memerlukan banyak bantuan.

Pihak MAPIM Malaysia mengadakan Misi Bantuan Pasca Banjir Gemas yang diketuai oleh YS PPj Bersekutu (PA) Zuhanis Zainol, diiringi Mejar Bersekutu (PA) Azari Aziz dan barisan sukarelawan MAPIM MALAYSIA dan MAPIM RANGERS.

Misi kali ini dipersiapkan dengan kekuatan 30 buah kenderaan pacuan empat roda MAPIM RANGERS dan dua buah lori.

Antara barangan bantuan yang dibawa ialah, 441 kotak bantuan makanan, 882 selimut, 882 bantal dan 200 dapur gas.

Misi bertolak pada jam tiga pagi daripada Ummah Central Warehouse MAPIM, dan berpecah kepada lima kawasan iaitu Taman Pinggiran Sg Kelamah, Kg Londah, Kg.Ladang, Kg.Pasir Besar, Kg.Sri Rompin dan Taman Sg. Gemas, Negeri Sembilan.

Pasukan yang ke Kg Londah telah berhubung dengan Encik Azman Abdullah, Pengerusi MPKK Kg. Londah. Menurut Encik Azman, ada 13 keluarga yang terjejas dengan banjir tersebut. Di mana air naik sehingga paras pinggang.

Sepuluh buah keluarga terpaksa tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kg. Ladang manakala tiga lagi memilih untuk terus tinggal bersama saudara mara.

UmmahToday yang turut menyertai misi banjir kali ini bertemu dengan antara mangsa banjir, Puan Jamaliah binti Mohamad Said, 62, seorang peniaga warung memberitahu, “Empat hari tak boleh keluar sebab banjir dah paras pinggang. Terkurung.”

Beliau memaklumkan ketika amaran banjir akan berlaku, beliau segera keluar bagi membeli barang keperluan dalam hujan lebat. Beliau bernasib baik sempat pulang ke rumah kerana apabila sampai sahaja ke rumah, jalan yang beliau lalui tadi sudah ditenggelami banjir dan tidak boleh dilalui lagi.

Namun menurut Puan Jamaliah, walaupun banjir kali ini agak teruk tetapi ia tidak seteruk banjir pada tahun 2011 yang menenggelami hampir keseluruhan kampung.

—————————————————————————————————————————-

MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Related Articles

Back to top button