ANKARA: Angkasawan wanita pertama Arab Saudi akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 21 Mei ini, selepas perjalanan ditangguhkan selama 2 minggu, lapor media Anadolu memetik agensi angkasa lepas AS NASA.
Rayyanah Barnawi, seorang penyelidik kanser payudara, bersama angkasawan lelaki Ali AlQarni, akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2, yang akan dilancarkan pada kira-kira pukul 5:37 petang (waktu EDT) pada 21 Mei 2023, menurut NASA.
Misi 10 hari itu dirancang untuk berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada 8 Mei, sebelum pelancarannya dijadualkan semula pada 21 Mei oleh NASA dan Axiom Space.

Dua angkasawan Arab Saudi itu dijangka menyertai angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan Al Neyadi yang sedang dalam misi selama 6 bulan di ISS.
Angkasawan Peggy Whiston dan perintis perniagaan serta juruterbang John Shoffner juga akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2.
Perjalanan ke kerajaan itu dilakukan hampir 40 tahun selepas ia menghantar warga pertamanya, Putera Sultan bin Salman, ke orbit dengan Pesawat Ulang-alik NASA bagi penginapan selama seminggu.

Mishaal Ashemimry, Ketua Penyelidikan Mikrograviti di Suruhanjaya Angkasa Saudi, berkata bulan lalu bahawa kerajaan itu sedang mempertimbangkan misi angkasa lepas jangka panjang.
“Kami mempunyai keinginan dan matlamat untuk mempunyai misi jangka panjang yang akan memanfaatkan persekitaran mikrograviti itu,” katanya.
āItu pada asasnya yang kami ingin lakukan dengan program penerbangan angkasa lepas manusia ini”.

āDengan berbuat demikian, kami akan melatih ramai angkasawan, kami akan melibatkan banyak entiti tempatan untuk melakukan banyak penyelidikan”.
“Kami juga akan mengukuhkan perkongsian penyelidikan antarabangsa kami dalam kerja pada mikrograviti yang merangkumi kesihatan manusia kepada sains fizikal,” tambahnya.
Dalam perjalanan ini, dua angkasawan Saudi akan menjalankan beberapa eksperimen sains yang diberikan kepada mereka oleh universiti yang berpangkalan di Saudi.
Bagi Rayyanah Barnawi pula, misi ke Stesen Angkasa Antarabangsa ini adalah suatu pengembaraan untuk mencari, meneroka dan mengambil bahagian dalam membina masa depan yang cerah untuk Arab Saudi.
“Ini adalah perjalanan Arab Saudi šøš¦ #ŁŲŁ_Ų§ŁŁŲ¶Ų§Ų”Ā demi sains dan kemanusiaan,” tulisnya di twitter peribadinya.
ŁŲ£ŁŁ ŁŲ§ ŲŲÆŁŲÆ ŁŁŲ¹ŁŁ ..
ŁŁŲ·ŁŁ Ł Ł ŁŲ°Ų§ Ų§ŁŁ ŲØŲÆŲ£ ŁŁ Ų±ŲŁŲŖŁŲ§ ŁŁ ŲŲ·Ų© Ų§ŁŁŲ¶Ų§Ų” Ų§ŁŲÆŁŁŁŲ©Ų ŁŲØŲŲ« ŁŁŲ³ŲŖŁŲ“Ł ŁŁŲ“Ų§Ų±Ł ŁŁ ŲØŁŲ§Ų” Ł Ų³ŲŖŁŲØŁ Ł Ų“Ų±ŁŲ±ŲŁŲ© Ų§ŁŲ³Ų¹ŁŲÆŁŲ©šøš¦ #ŁŲŁ_Ų§ŁŁŲ¶Ų§Ų” ŁŁ Ų±ŲŁŲ© ŁŁŲ¹ŁŁ ŁŲ§ŁŲ„ŁŲ³Ų§ŁŁŲ©. pic.twitter.com/mkTkdt8iLw
ā RAYYANAH BARNAWI (@Astro_Rayyanah) April 28, 2023







