DuniaSemasa

22 cedera gempa bumi 5.5 magnitud di China

KUNMING : Insiden gempa bumi berkekuatan 5.5 magnitud yang melanda bandar Lijiang, China telah menyebabkan sekurang-kurangnya 22 individu mengalami kecederaan.

Menurut Kajian Geologi AS (USGS), gempa yang berlaku sekitar jam 3.02 petang waktu tempatan semalam melanda di sempadan antara wilayah Yunnan dan Sichuan dengan kedalaman pada 38 kilometer (km).

Kawasan yang didiami 24,000 penduduk terjejas dengan kekuatan seismik melebihi enam darjah melangkaui 1,389 km persegi.

USGS menyatakan, pusat gempa berada pada jarak 115 kilometer dari Lijiang di wilayah Yunnan.

Sumber dari jabatan publisiti Ninglang berkata, banyak serpihan jubin dapat dilihat di lokasi kejadian.

Bomba di Ninglang telah menugaskan empat kenderaan dan 15 anggotanya ke pusat gempa bagi menjalankan siasatan.

Pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 60 anggota juga telah dikerah ke tempat kejadian.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button