KerohanianSemasa

Tan Sri Dr. Noor Hisham tokoh Maal Hijrah 2020

Tokoh Antarabangsa, Syeikh Al-Azhar Al-Syarif Syeikh Prof. Dr Ahmad Tayyib

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi peringkat Kebangsaan 2020/1442 Hijrah, pada sambutan di Masjid Negara, petang tadi, di Kuala Lumpur.

Manakala bagi tokoh Maal Hijrah Antarabangsa, Syeikh Al-Azhar Al-Syarif Syeikh Prof Dr Ahmad Tayyib dipilih.

Pengumuman mengenai kedua-dua tokoh ini dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama,) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurut Datuk Seri  Dr. Zulkifli, pemilihan kedua-dua tokoh tersebut dibuat atas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam, di peringat nasional dan global.

Malah kedua-dua tokoh terbabit mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Penganugerahan itu menyaksikan kedua-dua tokoh terbabit masing-masing, menerima pingat dan sijil penghargaan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan anugerah berkenaan pada majlis itu.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan mencemar duli berangkat ke majlis itu yang juga dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button