DuniaSemasa

Tanah runtuh Colombia sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 35 tercedera

BOGOTA :  Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 35 cedera selepas tanah runtuh menimpa beberapa rumah di tengah Colombia pada Selasa, kata agensi pengurusan bencana negara itu.

Menurut Agensi Bencana Alam dan Risiko Columbia (UNGRD), bencana di Dosquebradas tersebut berhampiran dengan bandar Pereira, berikutan hujan lebat di wilayah yang mengusahakan penanaman kopi.

“Laporan terkini kami menunjukkan bahawa 35 orang cedera, 14 kehilangan nyawa dan seorang masih hilang,” kata agensi bencana UNGRD di Twitter mengenai tanah runtuh awal pagi di kejiranan La Esneda. Usaha menyelamat sedang dijalankan, tambahnya.

Pihak berkuasa memindahkan berpuluh-puluh rumah berdekatan ketika sungai Otun melimpah.

Tanah runtuh adalah perkara biasa di Colombia kerana rupa bumi yang bergunung-ganang, hujan lebat yang kerap dan pembinaan rumah yang lemah atau tidak formal.

Bencana tanah runtuh besar terbaharu di negara itu berlaku di bandar Mocoa pada 2017, apabila lebih 320 orang terbunuh.


FOTO IHSAN REUTERS


FOTO IHSAN REUTERS


FOTO IHSAN REUTERS


FOTO IHSAN REUTERS

Related Articles

Back to top button