Teknologi robot pintar agih air Zamzam

JEDDAH : Menurut Timbalan Ketua Jabatan Pengairan Zamzam untuk Perkhidmatan dan Hal Ehwal Lapangan, Badr Al-Luqmani, teknologi robot itu akan membolehkan mereka mengedar botol air Zamzam tanpa sentuhan tangan manusia, selain antara cara mematuhi langkah berjaga-jaga Covid-19 dengan menggunakan kecerdasan buatan manusi yang dianugerahkan Tuhan.
Al-Luqmani menyatakan bahawa robot itu dapat mengagihkan 30 botol setiap pusingan, dengan setiap pusingan berlangsung selama 10 minit, dan ia akan dapat berfungsi selama lapan jam pada satu masa.
Beliau seterusnya mengatakan bahawa ia tidak akan bertembung atau menghalang orang, dan ia telah memperoleh beberapa pensijilan, termasuk sijil CS Eropah.
“Kerja-kerja sedang dijalankan bagi mengendalikan robot secara meluas di dalam Masjidil Haram untuk turut mengendalikan beg dan silinder mudah alih. Kami berusaha menyediakan tahap keselamatan dan kualiti tertinggi untuk pengunjung Masjidil Haram,” katanya.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM