Perang berterusan di Semenanjung Gaza selama hampir tiga tahun kini meletakkan pasukan ketenteraan Israel dalam situasi tekanan melampau melibat kelengkapan logistik, beban kewangan, dan kesihatan mental anggotanya.
Laporan akhbar Israel, Maariv, mengungkapkan bahawa penggunaan amunisi dan peluru oleh tentera rejim sepanjang tempoh peperangan ini telah menyamai jumlah penggunaan bagi tempoh tiga dekad sebelumnya.
Antara dapatan utama berhubung krisis dalaman tentera Israel termasuk:
-
Peralatan & Aset Ketenteraan: Aktiviti Tentera Udara Israel sepanjang tiga tahun lalu menyamai anggaran sembilan tahun operasi dalam keadaan biasa. Selain itu, ribuan enjin kereta kebal dan kenderaan pengangkut anggota berperisai (APC) dilaporkan mengalami kerosakan parah akibat penggunaan melampau.
-
Krisis Kesihatan Mental & Bunuh Diri: Seramai 67 anggota tentera Israel dilaporkan maut akibat bunuh diri sejak Oktober 2023, dengan 17 kes daripadanya dicatatkan sejak awal tahun 2026. Maariv menegaskan bahawa krisis modal insan dan kesan psikologi ini jauh lebih sukar dipulihkan berbanding penggantian aset fizikal.
-
Beban Anggota Simpanan: Tentera Israel mengekalkan purata 53,000 anggota simpanan aktif setiap hari. Namun, skala pengerahan ini dijangka sukar bertahan lama disebabkan implikasi kewangan yang melonjak serta kehabisan tenaga kerja secara berterusan.
Sumber: Akhbar Maariv via TRT World







