RAMALLAH : Seorang remaja Palestin berusia 16 tahun telah ditembak mati oleh tentera israel di bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki israel, kata warga Palestin.
“Ahmad Amjad Shehadeh, 16, terbunuh selepas peluru menembusi jantungnya yang dilepaskan oleh tentera israel di bandar Nablus,” lapor Kementerian Kesihatan Palestin pada Selasa.
Scenes from Rafidia Hospital in Nablus following the killing of the 16-year-old Palestinian child Ahmad Shehadi by the lsraeli occupation forces. pic.twitter.com/u8mHJCzqcX
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) November 22, 2022
Tambahnya, terdapat empat lagi orang yang cedera, seorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.
“Hasil pencerobohan pendudukan israel ke atas Nablus sehingga 12:10 tengah malam menyebabkan seorang remaja terbunuh, seorang cedera parah di perut, dan tiga lagi cedera,” kata kementerian itu.
Tentera israel mendakwa mereka diserang dan bertindak balas dengan tembakan langsung.
From the farewell of Ahmad Shehadi (16) who was killed by the lsraeli occupation forces last night in Nablus. pic.twitter.com/3eC8YKQOF8
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) November 23, 2022
Kakitangan kecemasan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memberitahu Anadolu Agency bahawa askar israel melepaskan tembakan ke arah pekerja kesihatan yang menjaga mangsa yang cedera.
Berpuluh-puluh yang lain lemas akibat tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera israel.
BREAKING: Israeli soldiers killed 16-year-old Ahmad Shehadeh during an invasion of the Palestinian city of Nablus.
He is the 200th Palestinian killed by Israel this year, and the 51st child. pic.twitter.com/uMs855BnmJ
— Richard Hardigan (@RichardHardigan) November 23, 2022
Gelombang pertempuran antara israel dan Palestin di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis telah mengorbankan 200 rakyat Palestin termasuk 51 kanak-kanak tahun ini, menjadikan 2022 paling tinggi sejak 2006.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini