DuniaPalestinSemasa

Tentera laut Israel lepas tembakan ke arah nelayan Palestin

GAZA : Tentera laut Israel melepaskan tembakan ke arah nelayan Palestin di luar pantai utara Semenanjung Gaza yang dikepung.

Menurut koresponden Wafa, nelayan itu sedang belayar di pantai Al-Sudaniya dan Al-Waha, sebelum bot-bot milik Israel menyerang mereka dengan senjata api, memaksa mereka lari menyelamatkan diri dan pulang ke rumah.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut Persatuan Nelayan Palestin di Gaza, terdapat kira-kira 4,000 nelayan yang bekerja di sektor perikanan Gaza, yang menjaga kira-kira 50,000 tanggungan.

Profesion itu telah dianggap berbahaya oleh pertubuhan hak asasi manusia kerana gangguan Israel terhadap nelayan di laut.

Dalam pada itu, beberapa kereta kebal dan jentolak Israel, diiringi beberapa kenderaan tentera, menceroboh pagar selatan Semenanjung Gaza dan melepaskan tembakan ke arah petani Palestin.

Petani Palestin dihalau keluar dari kawasan itu oleh tentera Israel dengan menembak gas pemedih mata dan tembakan langsung ke arah mereka, lapor agensi berita Wafa.

Tentera Israel kerap menembak merosakkan tanah pertanian sehingga menyebabkan kerosakan besar pada tanaman dan menghalang petani daripada mengusahakan ladang mereka.

Selain itu, pendudukan memaksa menyembur bahan toksik untuk merosakkan tanaman dan memaksa petani meninggalkan tanah mereka.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button