Uttar Pradesh : Lebih kurang 200 orang penduduk lari meninggalkan rumah kerana tidak mahu divaksin. Ada antara mereka yang sanggup melompat ke sungai apabila cuba ditahan oleh petugas kesihatan. Kejadian ini terjadi di desa Sisoda di daerah Baranki, negeri Utter Pradesh, India.
“Kami cuba menghentikan mereka, mereka terus melompat ke Sungai Saryu,” kata Rajiv Shukla seorang petugas kesihatan kepada Times of India.
Peningkatan kes covid-19 yang meruncing menyebabkan kerajaan India melancarkan kempen vaksin yang agresif ke desa-desa India.
Namun kempen vaksin di India menghadapi rintangan yang besar apabila tersebar khabar angin yang vaksin itu beracun dan boleh menyebabkan kematian, impotensi dan jangkitan virus.
Seorang petani, Shishupal memberitahu, dia mendengar khabar ada yang tenat selepas menerima suntikan vaksin.
“Saya mendapat informasi ini daripada rakan-rakan saya di kota besar. Saya yakin dengan berita itu kerana pejabat kesihatan pun belum menjawab pertanyaan kami. Pak cik saya di Delhi sendiri meninggal selepas sebulan menerima vaksin kedua.”
Daripada 1500 orang jumlah penduduk di desa itu, hanya 14 orang yang mahu divaksin.
Sumber : Kompas