DuniaSemasa

Tragedi Penerbangan Air India 171: Impian Keluarga Musnah Dalam Sekelip Mata

Sebuah keluarga lima beranak dari India yang penuh harapan untuk memulakan kehidupan baru di London telah menemui ajal dalam nahas tragik penerbangan Air India 171 yang terhempas baru-baru ini. Tiada penumpang yang terselamat, dan ia meninggalkan kisah pilu tentang impian yang musnah dalam sekelip mata.

Pratik Joshi, seorang jurutera perisian yang telah tinggal di London selama enam tahun, akhirnya berjaya membawa isteri dan tiga anak kecilnya dari India untuk bersama beliau. Isterinya, Dr. Komi Vyas, seorang doktor terkenal di Udaipur, baru sahaja meletakkan jawatannya dua hari lalu. Selepas bertahun-tahun menunggu kelulusan, keluarga ini telah mengemaskan beg dan bersedia untuk memulakan babak baru. Pada masa itu, mereka menaiki pesawat dengan hati penuh keterujaan, malah sempat mengambil gambar untuk dikongsi dengan saudara mara, menandakan permulaan perjalanan ke kehidupan baharu.

Namun, malang tidak berbau. Penerbangan Air India 171 yang membawa mereka terhempas, meragut semua nyawa di dalamnya. Tragedi ini meninggalkan peringatan tentang betapa rapuhnya kehidupan. Impian seumur hidup yang dibina dengan penuh harapan hancur dalam sekelip mata, mengingatkan kita bahawa hidup ini hanya sementera, seperti bergantung pada benang yang halus.

Kisah ini menjadi pengajaran untuk kita semua: hiduplah sepenuhnya, cintailah tanpa ragu, dan jangan menunggu esok untuk mencari kebahagiaan.

Sumber : theskidoctor13

Related Articles

Back to top button