Semasa

Transaksi tol RFID bermula 15 Januari

KUALA LUMPUR : Transaksi tol menggunakan teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) untuk kereta ringan persendirian (Kelas 1) akan digunakan di bahagian Juru di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara Pulau Pinang dan Skudai, Johor, bermula 15 Januari.

Di setiap satu daripada 83 plaza tol di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID.

“Pada ketika ini terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang menggunakan RFID Touch ‘n Go bagi membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pelekat Touch ‘n Go RFID boleh didapati dengan harga RM35 di lokasi pemasangan RFID yang diluluskan di seluruh negara, serta dalam talian.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang RFID di laman web http://rfid.plus.com.my.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

Related Articles

Back to top button