BanjirSemasa

Misi bantu ummah pasca banjir MAPIM santuni mangsa di Meru

KLANG : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah bergerak ke 2 kawasan di Meru, Klang bagi misi bantuan pasca banjir kilat pada Ahad.

Aktivis MAPIM Malaysia bersama sukarelawan 4×4 MAPIM Rangers meredah banjir bagi menyerahkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas

Aktivis MAPIM Malaysia bersama sukarelawan 4×4 MAPIM Rangers telah menyerahkan kotak bantuan hasil sumbangan Yayasan MyPrihatin dan Prudential BSN (PruBSN) kepada penduduk-penduduk di Taman Meru Utama, Taman Meru 5 serta Taman Meru Ria yang terjejas akibat banjir kilat yang melanda.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Meru Utama, Ustaz Ahmad Faizan Pardi, kebanyakkan penduduk tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda kerana hujan yang terlalu lebat dan air naik terlalu cepat.

“Mungkin air naik dengan begitu cepat kerana sistem perparitan yang tidak terancang dan tidak seragam dari segi saiz serta bahan binaan. Ia menyebabkan air bertakung dan tidak mengalir keluar,” tegas Ustaz Ahmad Faizan Pardi.

Sumbangan yang diserahkan adalah 45 kotak pek bantuan banjir MyPrihatin termasuk 6 kotak MAPIM, 100 karton air minuman, 36 pek lampin bayi, 36 pek susu bayi dan keperluan terdesak lain.

Sebelum itu, 27 sukarelawan serta wakil pihak Yayasan MyPrihatin dan PrudentialBSN dengan kerjasama aktivis MAPIM Malaysia telah mengadakan 1 program Pembungkusan Pek Bantuan Banjir di MAPIM Ummah Central Warehouse di Bandar Serenia, Sepang.

Sebanyak 1000 kotak pek bantuan berisi makanan asas dan kit kebersihan telah berjaya disiapkan sebagai persediaan untuk diagihkan kepada mangsa banjir serta asnaf yang terpilih.

MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

Akaun Maybank 562263540066

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button