DuniaSemasa

UAE rasmi kedutaan di Tel Aviv

TEL AVIV : Emiriah Arab Bersatu (UAE) merasmikan kedutaannya di Israel selepas pengumuman jalinan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara itu tidak kurang dari setahun.

Kedutaan yang terletak di bangunan Bursa Saham Tel Aviv dirasmikan semalam selepas sebulan perasmian kedutaan Israel di Abu Dhabi.

Dalam majlis perasmian yang dihadiri Perdana Menteri Israel, Isaac Herzog, bersama Kedutaan Emiriah, Mohamed al-Khaja menganggap hal ini sebagai ‘tonggak penting demi merapatkan hubungan antara kedua-dua negara tersebut’.

Walaubagaimanapun, hubungan dua hala ini telah mencabuli kehormatan dunia Islam ekoran tindakan kejam rejim Zionis terhadap Palestin selama ini.

Menurut laporan Al-Jazeera, rakyat Palestin berpendapat perkara ini telah melanggar perjanjian Arab selama beberapa dekad, bahawa tidak akan ada normalisasi hubungan secara menyeluruh dan berkekalan antara Israel dan Palestin.

Pada tahun lalu, UAE mengadakan hubungan normalisasi dengan Israel di bawah “Abraham Accords” yang dimeterai oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump.

Hubungan antara Israel dan UAE ini menekankan dividen ekonomi, budaya dan teknologi.

Menteri Luar Negeri Israel, Yair Lapid memberitahu media Emiriah bulan lalu bahawa perdagangan dua hala telah mencapai lebih dari $675.22 (RM2,835.681) sejak menandatangani Perjanjian Abraham pada September 2020.

Oleh : Hafeez Anuar/ Nurshazlin Shahrom  (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media)

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button