Covid19Semasa

Ubat Paxlovid mampu elak jangkitan Covid-19 jadi lebih teruk – Khairy

SHAH ALAM : Ubat antiviral jenis Paxlovid mampu mengelakkan jangkitan Covid-19 daripada menjadi lebih teruk.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi satu ciapan di Twitternya berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menawarkan ubat Paxlovid bagi pesakit berisiko tinggi kategori dua dan tiga.

“Sehingga 3 Julai, seramai 4001 pesakit telah diberi ubat Paxlovid dan tiada yang mengalami kesan sampingan yang serius.

“Penggunaan Paxlovid ini telah diperluaskan ke fasiliti swasta sejak Jun lepas agar lebih mudah didapati dan dapat digunakan untuk lebih ramai pesakit Covid-19,” menurut ciapan tersebut.

Dalam pada itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan ubat Paxlovid, penilaian di klinik kesihatan atau hospital terpilih diperlukan bagi pesakit yang berisiko tinggi dan mengalami gejala ringan hingga sederhana.

“Jika layak mengikuti kriteria yang ditetapkan, mereka akan diberi ubat Paxlovid untuk merawat jangkitan.

“Senarai fasiliti kesihatan yang membekalkan ubat ini boleh didapati di covid-19.moh.gov.com.my,” ujarnya.

Related Articles

Back to top button