Covid19Semasa

Vaksin Pfizer sumbangan Amerika Syarikat selamat tiba

Sebanyak satu juta dos disumbangkan kepada Malaysia

SUBANG : Satu juta dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer sumbangan Amerika Syarikat selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di sini, pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi hantaran Facebook miliknya hari ini.

“Terima kasih rakan sejawat, Antony Blinken serta kerajaan Amerika Syarikat. Semoga hubungan ini terus menjadi kekuatan untuk kedua-dua negara melangkah bersama dalam mengharungi cabaran Covid-19,” katanya.

Ketibaan sumbangan vaksin itu turut disambut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin bersama dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian McFeeters.

Sumber  : Twitter Hishammuddin Hussein

Hishammuddin, McFeeters dan Khairy menyambut ketibaan vaksin Pfizer. Sumber : Twitter Hishammuddin

Semalam, Hishammuddin berkata sumbangan vaksin ini dapat mempercepatkan proses PICK yang sedang berjalan dengan menyasarkan 300,000 suntikan mulai bulan ini.

Tambah beliau, Amerika Syarikat turut menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada Malaysia sejak penularan wabak COVID-19 di negara.

Sumbangan ini termasuk bekalan perubatan, pakaian pelindung diri (PPE) dan peralatan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bernilai AS$250,000 (RM1.04 juta).

Dalam pada itu, Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, berkata Malaysia merupakan negara pertama yang mendapat sumbangan vakisn di bawah pemerintahan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Satu juta dos vaksin Pfizer tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) – Sumber : Twitter Hishammuddin

Oleh : Shazlin Shahrom (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) / AJ

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button