Puluhan terbunuh dalam serangan kedua israel ke atas kem pelarian Jabalia

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan pengeboman kedua Israel dalam dua hari membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh orang di kem pelarian terbesar di wilayah itu.
Ia berkata berpuluh-puluh syahid dan cedera dalam pengeboman oleh pesawat penjajah di kem Jabalia pada hari Rabu, sehari selepas Israel mengakui melakukan serangan yang kejam sebelum ini .
Pasukan penyelamat berkata ada mangsa terdiri seluruh keluarga, tetapi butiran mangsa tidak dapat disahkan dengan segera. Tentera Israel tidak mengulas.
Kementerian Kesihatan wilayah itu berkata lebih 50 orang terbunuh dalam serangan Selasa.
Sayap tentera Hamas berkata bahawa tujuh daripada tebusannya, termasuk tiga dengan pasport asing, turut terbunuh dalam serangan itu.
‘Kekejaman terkini’
Ketua kemanusiaan PBB Martin Griffiths mengecam serangan Jabalia selepas lawatan dua hari ke Israel dan wilayah Palestin yang dijajah.
“Ini hanyalah kekejaman terbaru yang menimpa penduduk Gaza di mana pertempuran telah memasuki fasa yang lebih menakutkan, dengan akibat kemanusiaan yang semakin mengerikan,” kata Griffiths dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, “Dunia nampaknya tidak mampu, atau tidak mahu, bertindak,” sambil menambah “Ini tidak boleh diteruskan. Kami memerlukan perubahan langkah.”
Griffiths berkata, “Kami memerlukan pihak yang bertelagah untuk berhenti seketika dalam pertempuran supaya bantuan yang amat diperlukan dapat masuk ke wilayah Palestin yang mempunyai 2.4 juta orang.”
Israel berkata serangan Selasa membunuh seorang komander kanan Hamas yang berpangkalan di Jabalia, Ibrahim Biari.
SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI