DuniaSemasa

Video tular, juruterbang darat pesawat ketika ribut

LONDON: Sebuah kapal terbang syarikat Qatar Airways terpaksa mendarat ketika ribut Eunice melanda Lapangan Terbang Heathrow, London baru-baru ini.

Dalam rakaman video, pandangan dari kokpit pesawat yang tular menunjukkan detik-detik cemas juruterbang, Kapten Khalifa Al Thani mendaratkan kapal terbang itu.

Menurut video tersebut, ketika angin kencang, tangan kiri Khalifa memegang alat kawalan pendaratan yang sedang bergerak-gerak manakala tangan kanannya memegang tombol bagi mengimbangi badan pesawat tersebut semasa ia mendarat.

Khalifa memasang kamera di kokpit pesawat tersebut bagi merakamkan detik-detik mengendalikan kapal terbang berkenaan ketika angin kencang.

Bekas juara Formula Satu, Damon Hill yang menyaksikan pendaratan itu turut menyatakan rasa penghormatannya ekoran kejayaan Khalifa mendaratkan kapal terbang tersebut ketika angin kencang.

Lebih 200,000 orang menyaksikan pendaratan kapal terbang penumpang itu menerusi saluran YouTube yang dikendalikan oleh seorang penerbit Big Jet TV, Jerry Dywer ketika beliau berdiri di dalam sebuah van di sebuah landasan terbang di lapangan terbang tersebut.

Juruterbang itu turut mengucapkan terima kasih kepada Big Jet TV kerana membuat liputan pendaratan tersebut menerusi saluran YouTube.

– AGENSI

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button