PalestinSemasa

Kanak-kanak 12 tahun cedera dalam serbuan israel di Hebron

HEBRON: Seorang kanak-kanak Palestin ditembak, cedera serta ditangkap oleh tentera israel di kem pelarian Al-Arroub, di wilayah Hebron, Tebing Barat yang diduduki, menurut keselamatan Palestin dan sumber tempatan.

Menurut sumber, Ameer Mohammad el-Bess yang berusia 12 tahun ditembak oleh tentera dan cedera di bahagian bawah kakinya, sebelum dia ditangkap oleh tentera.

Ameer kemudiannya dibawa ke Hospital Shaare Zedek di Baitulmaqdis yang diduduki dan ditahan di situ.

Persatuan Banduan Palestin (PPS) berkata keadaan kanak-kanak itu masih tidak diketahui setakat ini.

Ketika pegawai perubatan Palestin tiba di tempat kejadian, pegawai tidak dibenarkan menghubungi kanak-kanak itu untuk memberikannya pertolongan cemas.

Seramai 68 rakyat Palestin dibunuh dan menjadi korban tentera israel pada 2023 termasuk wanita dan juga kanak-kanak menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button