Semasa

Yayasan Food Bank Malaysia nyata hasrat bekerjasama dengan MAPIM

Tinjauan ke gudang MAPIM

SEPANG : Yayasan Food Bank Malaysia, menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam usaha misi kemanusiaan yang bakal dijalankan.

Hasrat itu dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Food Bank Malaysia Tuan Haji Ab Wahab Long yang membuat kunjungan ke gudang MAPIM Malaysia,

Dalam lawatannya itu Tuan Haji Ab Wahab Long berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby al Kahery.

Beliau meninjau dan memberi pandangan mengenai kerjasama misi kemanusiaan yang bakal dijalankan.

“Kita akan mengadakan kerjasama atau collaboration macam mana Yayasan Food Bank dengan MAPIM dapat bekerjasama untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan terutama golongan B40 di Malaysia” – Haji Ab Wahab Long / Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Food Bank Malaysia

(Dr.) Sani Araby Al Kahery dan Setiausaha MAPIM Malaysia Mejar Zulhanis Zainol,  turut menerangkan berkenaan gerak kerja MAPIM Malaysia serta berkongsi tentang program dan misi yang pernah dijalankan oleh MAPIM Malaysia sebelum ini.

Antara yang turut hadir ialah Faris Badarudin, Wan Rusyani daripada MAPIM Shah Alam, dan wakil daripada Farmasi Ideal, Hendrawati M.Sapuan.

Mereka yang hadir turut meluangkan masa di gudang MAPIM Malaysia melihat kelengkapan dan peralatan serta barangan sumbangan yang diterima MAPIM Malaysia sebelum diagihkan kepada golongan sasaran.

Mereka yang hadir juga sempat melihat kotak makanan yang telah siap dipek di dalam kotak khas yang ditempah.

(Dr.) Sani sempat berkongsi berkenaan misi yang telah MAPIM Malaysia jalankan di dalam dan juga luar negara, seperti di Indonesia dan juga Syria.

Terletak di Bandar Serenia Sepang, Gudang MAPIM Malaysia yang menjadi tempat pengumpulan barang sumbangan, tidak putus-putus menerima kunjungan daripada individu, syarikat korporat dan juga badan agensi kerajaan.

Tuan Haji Ab Wahab Bin Long turut berkata, MAPIM Malaysia adalah NGO yang dekat di hati beliau, serta mempunyai pengkalan data senarai penerima yang lengkap dan sistem pemberian yang telus.

Ini secara tidak langsung meyakinkan para penyumbang yang meyumbang bersama MAPIM Malaysia.

  • Muhammad Haiqal Nor Wahid

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button