DuniaSemasa

Korban gempa Turkiye-Syria terus meningkat menghampiri 16,000

KAHRAMANMARAS: Jumlah korban gempa Turkiye-Syria terus meningkat menghampiri 16,000 orang.

Sekurang-kurangnya 12,973 orang telah terkorban di Turkiye, manakala seramai 3,000 telah meninggal di Syria.

Dua hari selepas beberapa siri gempa bumi melanda selatan Turkiye, usaha bantuan masih belum sampai ke beberapa kawasan di negara itu. Wilayah Hatay, yang menempatkan kira-kira 500,000 pelarian Syria, telah  mengalami kemusnahan yang teruk.

Bantuan lewat berikutan kerosakan teruk jalan raya  dan lapangan terbang awam akibat gempa berhampiran ibu kota wilayah, Antakya.

Harapan untuk mencari mangsa yang terselamat semakin pudar kerana terdapat banyak halangan untuk mempercepatkan misi mencari dan menyelamat mangsa gempa.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button