DuniaPalestin

Zionis Israel cemari Aidilfitri rakyat Palestin

Pecerobohan Masjid Al-Aqsa secara berterusan oleh rejim Israel

BAITULMAQDIS : Ratusan penceroboh Israel, diiringi pasukan keselamatannya menyerbu Masjid al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Khamis (5 Mei).

Mereka masuk melalui Pintu Maghribi, yang telah dikawal oleh pihak berkuasa Israel sejak awal pendudukan Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat pada 1967.

Berpuluh-puluh rakyat Palestin berkumpul sambil melaungkan “Allahuakhbar”  ketika mempertahankan kawasan suci itu dalam pergelutan berlaku apabila polis menangkap salah seorang daripada mereka.

Polis melepaskan tembakan peluru bersalut getah ke arah dalam kawasan masjid ketika beberapa penduduk Palestin berlindung di dalam masjid itu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah penceroboh Israel masuk ke kawasan suci itu semakin meningkat, dan ramai antara mereka melaksanakan upacara keagamaan mereka secara senyap-senyap, menimbulkan kemarahan rakyat Palestin serta negara jiran Jordan.

Khamis juga merupakan Hari Kemerdekaan Israel dan dalam beberapa hari kebelakangan ini penganut Yahudi meraikannya dengan mengibarkan bendera Israel di tapak suci itu.

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam masjid, sembahyang dan menaikkan bendera Israel di Pintu Qattanin, menandakan Hari Peringatan Israel, lapor agensi berita Palestin Wafa.

Wafa berkata, hampir 600 penceroboh telah memasuki perkarangan dalam 22 kumpulan, diketuai oleh anggota sayap kanan Knesset Yehuda Glick.

Tentera Israel menangkap 50 rakyat Palestin berhampiran Pintu al-Mathara, termasuk seorang paramedik.

Dalam pada itu, beberapa warga Palestin telah bermalam di masjid Qibli di kawasan selatan perkarangan itu dan mereka terperangkap ketika rejim Israel menceroboh kawasan tersebut.

Pasukan Bulan Sabit Merah turut merawat lapan orang yang cedera terkena peluru bersalut getah, tiga terkena bom tangan manakala 25 yang meninggal dunia akibat lemas terkena gas pemedih mata.

Penceroboh Israel turut memutuskan sambungan pembesar suara bilal bagi menghalang azan dilaungkan agar tidak mengganggu upacara pembukaan Hari Peringatan Israel.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button