DuniaPalestin

Zionis Israel lancar serangan udara ke Gaza

BAITULMAQDIS : Rejim Israel melancarkan serangan udara menyasarkan Semenanjung Gaza sebagai tindak balas serangan roket dari pejuang Palestin ke sebuah kota di selatan Israel.

Menurut laporan Gulf News, setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa di Gaza dan Israel sejak siren amaran dibunyikan selepas roket dilepaskan dari Palestin.

Israel menuduh pejuang Hamas bertanggungjawab melepas roket itu, bagaimanapun, masih belum ada maklum balas dari pihak Hamas berkenaan serangan itu, mahupun tuntutan mana-mana kumpulan lain.

“Sebagai tindak balas kepada serangan roket itu, pesawat Angkatan Pertahanan Israel melancarkan serangan ke sasaran kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza,” menurut tentera Israel dalam satu kenyataan.

Ketegangan memuncak di persempadanan Israel-Gaza sejak Mei tahun lalu yang mencetuskan pertempuran selama 11 hari.

Pada Jumaat, tiga lelaki Palestin telah dibunuh oleh rejim Zionis di Jenin sebagai tindak balas beberapa serangan jalanan di Israel.

Hamas mendakwa seorang daripada yang terbunuh itu adalah anggotanya, selain kumpulan jihad Islam lain turut mendakwa anggota mereka antara yang terbunuh.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button