Semasa

10 jam berjuang memadam kebakaran

Tujuh maut kebakaran di kem pelarian Rohingnya

COX’S BAZAR : [VIDEO]  Tujuh orang terbunuh dan 50,000 warga Rohingya melarikan diri dari kem pelarian etnik di tenggara Bangladesh semalam.

Dilaporkan bahawa tiga kanak-kanak dan dua wanita maut dalam kes kebakaran yang direkodkan kali ketiga terjadi di kawasan penempatan etnik tersebut.

Hampir sejuta penduduk etnik minoriti Islam di Myanmar terpaksa melarikan diri berikutan kekejaman penindasan pihak tentera Myanmar sejak 2017.

Menurut pegawai yang bertugas, kebakaran itu terjadi bermula di satu daripada 34 kem  yang terletak di kawasan yang seluas kira-kira 3,237 hektar sebelum merebak ke tiga kawasan kem yang lain.

Menerusi video yang tular dirakam oleh penduduk di media sosial, asap tebal dapat dilihat daripada pondok pelarian Rohingnya. Sementara itu, beratus-ratus anggota bomba berusaha memadamkan api serta membantu penduduk memindahkan barang ke tempat yang selamat.

Seorang pegawai polis, Inspektor, Gazi Salahuddin berkata, kebakaran itu berjaya diredakan tengah malam tadi.

“Kami menerima laporan tujuh orang terbunuh dalam kebakaran berkenaan dan mayat mereka berada di dalam kem tersebut,” – Inspektor Gazi Salahuddin

Tambah beliau, polis tidak dapat memberi sebarang kenyataan sehingga operasi pencarian mayat mangsa berjaya ditemui.

Merujuk pada laporan daripada AFP, satu penilaian awal mendapati 900 pondok yang menempatkan 7.400 pelarian rentung dalam kejadian tersebut.

“10 jam kebakaran yang terjadi itu antara yang paling sukar bagi pihak bomba dan komuniti etnik Rohingnya untuk dikendalikan sejak 2017”- Mohammad Yasin/ Penduduk kawasan etnik Rohingnya

Kebakaran yang terjadi ini telah mengakibatkan ribuan pelarian etnik Rohingnya hilang tempat perlindungan sekaligus empat buah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut musnah.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran Nurshazlin Shahrom

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button