JAKARTA : [VIDEO] 117 orang penumpang, pesawat Batik Air ID 6803 Indonesia terselamat selepas pesawat dinaik berpatah balik ke Lapangan Terbang Sultan Thaha, ke Jambi, Sumatera selepas 20 minit berlepas.
Pesawat jenis Airbus 320-200 itu terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas akibat masalah teknikal yang dikesan oleh kru penerbangan.
Batik Air ID 6803 turut membawa dua orang kanak-kanak dan enam anak kapal itu berlepas dari Jambi ke Jakarta, terbang selama 20 minit sebelum berpatah balik ketika berada pada ketinggian 3,000 kaki.
Semua penumpang dilaporkan selamat.
Pengurus Besar Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi, Indra Gunawan mengesahkan mengenai kejadian itu.
Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) dan ambulans sudah bersiap sedia di landasan untuk menghadapi sebarang kemungkinan ketika pendaratan cemas pesawat berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Komunikasi Korporat Batik Air, Danang Mandala Prihantoro, berkata juruterbang membuat keputusan tepat untuk tidak meneruskan perjalanan.
Cnn indonesia berkata berikutan ruang di kokpit memberi indikasi masalah teknik di bahagian hadapan pesawat
“Keputusan yang diambil adalah tepat bagi memastikan keselamatan penumpang dan membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas pesawat.”
Tribun jambi melaporkan pihak Batik Air memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul sehingga penerbangan ID-6803 terganggu.
“Kami akan menguruskan pembayaran pampasan kepada penumpang berikutan kesulitan ini,” katanya dalam satu kenyataan.”