EkonomiSemasa

1,533 Projek Perabot Diluluskan Bernilai RM11.62 Bilion Sehingga Mac 2025 – Liew

Sebanyak 1,533 projek perabot bernilai RM11.62 bilion telah diluluskan sehingga Mac 2025 melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

Daripada jumlah itu, 62 peratus merupakan pelaburan domestik manakala 38 peratus lagi pelaburan asing.

Liew memaklumkan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) masih menawarkan Geran Pembangunan Pemasaran (MDG) bagi syarikat berkelayakan yang menyertai promosi perdagangan antarabangsa – RM25,000 untuk program luar negara dan RM5,000 untuk program dalam negara.

Setakat ini, 314 syarikat perabot telah mendapat manfaat MDG, dengan 4,148 permohonan diluluskan – tertinggi bagi semua industri. Jumlah geran disalurkan mencecah RM12.25 juta, manakala nilai eksport yang dijana syarikat penerima bantuan ini mencecah RM1.46 bilion bagi tempoh Januari 2021 hingga 30 Julai 2025.

Mengulas kebimbangan industri terhadap kemasukan syarikat asing, Liew menjelaskan bahawa walaupun pelaburan asing tidak dihalang, kerajaan melalui MIDA tidak lagi menggalakkan pelaburan asing berintensif buruh dalam sektor perabot kerana Malaysia sudah mencapai kedudukan terkemuka di pasaran global.

“Semua pejabat MIDA di luar negara akan dimaklumkan bahawa sektor perabot Malaysia tidak lagi memerlukan pelaburan asing,” tegasnya.

Sumber – Bernama

Related Articles

Back to top button