RIYADH: Seramai 22,000 pekerja telah diupah oleh Majlis Perbandaran Mekah bagi membantu meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji musim ini.
Jurucakapnya, Osama Zaituni berkata, pihak berkuasa itu juga telah menggerakkan semua keupayaan tenaga kerja dan kapasiti mekanikal serta sokongan pasukan bantuan termasuk keselamatan awam dan petugas kesihatan sementara, lapor portal Arab News.
Tidak ketinggalan sejumlah besar peralatan dan jentera juga dipersiapkan untuk menyediakan perkhidmatan tahap tertinggi kepada jemaah haji.
Saudi Arabia is raising the bar of global logistics with infrastructure development, technological innovation, and opportunity creation. Experience the power of seamless logistics with #KSA, the new logistics #HubOfTheWorld.
— وزارة النقل والخدمات اللوجستية (@SaudiTransport) May 21, 2023
Tambah Zaituni, pihak majlis bandaraya turut menyediakan 13 sub-perbandaran dan tiga perbandaran anak syarikatnya serta 28 pusat perkhidmatan di kota Mekah yang terletak secara geografi untuk meliputi seluruh kawasan tempat-tempat suci dan menyediakan semua peralatan serta tenaga kerja yang diperlukan.
Sementara pengambilan 22,000 pekerja itu dibuat meliputi semua bidang.
Sementara itu, Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada hari Sabtu telah menerima kumpulan pertama jemaah haji dari Nigeria.
Sementara jemaah haji dari Iran pula tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed bin Abdulaziz di Madinah.
Jabatan Imigresen Arab Saudi memaklumkan, kesediaan untuk mengurus dengan efektif prosedur bagi jemaah semasa musim hajin di semua lapangan terbang, sempadan darat, dan pelabuhan laut.
Jabatan itu juga mengulangi komitmen untuk menggunakan semua sumber yang sedia ada selain memudahkan proses masuk bagi kemasukan jemaah haji, termasuk penggunaan peranti terkini di pelabuhan untuk mempercepatkan operasi.
This made me cry 😭😭😭. The moment the grand masjid in Makkah was opened for workers. Their longing for the house of Allah swt made them race. pic.twitter.com/HEXsLV4EIy
— منزل منصور (@sheikhufon) May 2, 2020