KesihatanSemasa

MAIWP-MAPIM santuni kariah Surau Jumaat Al Husna Seri Semarak

Ini merupakan kali ke-2 penganjuran program Mobile Clinic di lokasi sama

KUALA LUMPUR : Program bas double decker Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sekali lagi hadir ke Surau Jumaat Al Husna pada Khamis 10 November 2022. Sebelum ini, bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini pernah tiba di lokasi sama pada Jun lalu menyantuni lebih 100 pesakit di sekitar kawasan ini dalam program 2 hari.

Tujuan utama adalah bagi terus menyantuni semula pesakit- pesakit yang pernah menerima rawatan sebelum ini bersama pegawai-pegawai kesihatan yang bertugas.

Menurut Hassan bin Abdul Karim, 60, beliau sangat berpuas hati dengan layanan dan khidmat yang diberikan oleh pegawai kesihatan serta sukarelawan MAPIM yang banyak membantu bagi melancarkan program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini.

 

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Mobile Clinic MAIWP-MAPIM kerana sekali lagi datang bagi memberi rawatan di sini. Saya berharap agar Mobile Clinic MAIWP-MAPIM akan terus berkhidmat untuk orang ramai pada masa akan datang,” kata salah seorang pesakit, Ramzi Yusuf , 40. 

Ternyata memberikan respon positif, majoriti pesakit yang hadir menyatakan bahawa mereka sangat berpuas hati dengan rawatan dan juga layanan yang diberikan oleh doktor, pegawai dan juga sukarelawan yang ada.

Doktor sukarelawan sedang memberikan konsultasi kepada pesakit di dalam Mobile Clinic 

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM akan terus berkhidmat kepada masyarakat agar dapat memberikan perkhidmatan rawatan kesihatan secara percuma kepada masyakarat yang memerlukan.


AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau infaq menerusi
www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button