Kerajaan di Gaza mengumumkan bahawa 6,000 orang yang cedera parah perlu segera dibawa keluar dari enklaf untuk rawatan di tengah-tengah bencana kemanusiaan akibat sekatan Israel dan serangan berterusan.
Dalam satu kenyataan, pejabat media di Gaza berkongsi butiran mengenai “situasi bencana” yang dialami oleh sektor kesihatan akibat serangan Israel sejak 7 Oktober.
Ia berkata 30 hospital di kawasan itu tidak beroperasi kerana lebih 58,000 orang cedera akibat serangan itu.
“Kami menyeru saudara-saudara kami di Mesir untuk segera membuka sempadan Rafah dan meluluskan pemindahan segera 6,000 orang yang cedera parah keluar dari Gaza bagi mendapatkan rawatan kerana kekurangan hospital di Gaza pesakit terlalu ramai,” katanya.
Hanya 10 hingga 20 orang yang cedera dilaporkan dapat dirawat setiap hari.
Pihak berkuasa Gaza juga menyeru masyarakat antarabangsa, terutama AS, untuk menekan Tel Aviv agar menghentikan “perang genosida” yang dilancarkan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak berdaya.