KUALA LUMPUR : Tiga jam yang lalu 686 kawasan telah pun mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan paip loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 bocor.
686 kawasan itu termasuk Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor.
Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, akibat insiden itu loji rawatan air tersebut terpaksa dihenti tugas separa bagi kerja-kerja pembaikan paip dilakukan.
Katanya, bekalan air ditutup pada pukul 9:00 mlam tadi sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 686 kawasan yang mendapat bekalan air dari loji berkenaan.
“Kerja-kerja pembaikan paip itu dijangka siap sepenuhnya pada pukul 8:00 pagi esok.
“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat setelah kerja pembaikan paip siap dan sistem rawatan air loji beroperasi seperti biasa pada pukul 2 petang esok,” katanya pada petang Sabtu.(17/10)
Air Selangor turut menyarankan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemat.
“Sebarang perkembangan berkaitan dengan insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.
Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.airselangor.com untuk maklumat lanjut.