EkonomiSemasa

72 tan nanas diagihkan secara percuma

usaha kerajaan negeri Sarawak membantu rakyat

Kota Samarahan : Pandemik Covid-19 yang melanda telah memberi kesan yang besar kepada pekebun nanas di daerah Dalat Sarawak. Lebih 72 tan nenas yang dituai tidak dapat dipasarkan.

Bagi menyelesaikan masalah pekebun tersebut, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kerajaan negeri akan membeli ke semua lambakan nanas tersebut dan diagihkan sebagai barang makanan percuma untuk penduduk kawasan tersebut dan sekitarnya.

Tambah beliau lagi, “Menyedari pekebun nanas ini tidak dapat menjual nanas mereka disebabkan sekatan pergerakan dan kesukaran mendapatkan kenderaan, jadi kerajaan beli balik nanas melalui persatuan peladang,” katanya selepas merasmikan pemberian bantuan pek barangan makanan Program Pantri Komuniti di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, persatuan peladang akan menjualkan nanas berkenaan kepada pusat khidmat kawasannya, bagi diagihkan kepada penduduk kampung kawasan itu secara percuma.

“Oleh kerana lambakannya banyak dan penghantarannya hari ini masih ada, maka kita agihkan lagi rezeki (nanas) itu lagi ke kawasan DUN yang berjiran,” katanya. – Bernama

Related Articles

Back to top button