DuniaSemasa

Empat Kejayaan Besar Anwar Sebagai Pengerusi ASEAN – Wartawan Veteran Thailand

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencatat kemenangan besar di arena diplomasi apabila berjaya menjadi pengantara gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand, sekali gus menghentikan pertempuran bersenjata susulan pertikaian sempadan kedua-dua negara.

Menurut wartawan veteran Thailand, Kavi Chongkittavorn, langkah tegas Anwar ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai Pengerusi ASEAN yang berkesan, malah mengangkat semula profil blok serantau itu di mata dunia.

Dalam artikelnya di Thai PBS World bertajuk Four Wins for ASEAN Chair Anwar, Kavi menyenaraikan empat kejayaan utama yang dicapai Anwar:

  1. Pengantara Berkesan ASEAN – Menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi ASEAN untuk bertindak pantas meredakan konflik, menjadikan ASEAN dilihat sebagai pendamai serantau yang berkesan.

  2. Mengubah Naratif ASEAN – Menjadikan krisis sebagai peluang untuk membuktikan ASEAN bukan sekadar forum berbincang, tetapi mampu bertindak. Perjanjian gencatan senjata yang masih bertahan mengubah persepsi dunia.

  3. Memecah Kebuntuan Diplomatik – Mempromosikan dialog bersemuka yang pertama kali berlaku antara pemimpin Thailand dan Kemboja di Kuala Lumpur, sesuatu yang tidak pernah dicapai dalam konflik 2008–2011.

  4. Mengimbangi Kuasa Besar – Berjaya memastikan Amerika Syarikat dan China sama-sama hadir menyokong rundingan, tanpa membiarkan mana-mana pihak mendominasi.

Kavi menegaskan, keupayaan Anwar mengimbangi dua kuasa besar itu amat mengagumkan, apatah lagi beliau lantang mengkritik Washington dalam isu Gaza.

“Anwar memahami dinamik serantau dan geopolitik global, serta tidak teragak-agak merebut peluang strategik yang wujud,” tulis Kavi, sambil menyifatkan kejayaan ini membuktikan ASEAN mampu bertindak tegas di bawah kepimpinan yang berwibawa.

Related Articles

Back to top button