DomestikSemasa

Kes Zara Qairina: KPM Pindahkan Sementara Pentadbir dan Warden SMKA Tun Datu Mustapha

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk memindahkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan polis selesai.

Langkah itu diambil selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh, teliti dan tuntas,” menurut kenyataan kementerian itu.

KPM menegaskan bahawa kes berkenaan kini menjadi keutamaan, sambil berharap siasatan telus dapat dilaksanakan demi keadilan kepada keluarga mangsa serta semua pihak terlibat.

– Bernama

Related Articles

Back to top button