Semasa

Lima fakta tentang Maghribi

Oleh : Zuhaili

1. Sistem Pemerintahan

Saat ini, Maghribi adalah satu-satunya monarki di Afrika Utara dengan parlimen yang dipilih. Raja Maghribi memegang kekuasaan eksekutif dan legislatif, serta komandan tertinggi tentera dan urusan agama.

Dahulu Maghribi adalah daerah paling barat kerajaan Rom. Setelah penaklukan Arab pada akhir abad ke-7 Masihi, wilayah yang lebih luas di Afrika Utara kemudiannya dikenali sebagai Maghribi yang dalam bahasa Arab bererti “Barat”, dan majoriti penduduknya menerima Islam.

2. Letaknya Universiti Tertua di Dunia

University of Al Qarawiyyin terletak di bandar Fez di Maghribi. Ia ditubuhkan pada tahun 859 oleh Fatima al-Fihri, seorang wanita yang berpendidikan, anak kepada seorang pedagang kaya. Universiti ini telah berfungsi sebagai hub pendidikan dan rohani terkemuka dunia Islam. Ramai ulama terkenal lahir dari universiti ini.

3. Ibn Battuta Dari Maghribi

Cendekiawan Islam terkenal dan penjelajah Ibn Battuta berasal dari Maghribi. Beliau hidup pada abad ke-14 dan mengembara ke banyak tempat di dunia termasuk Tanduk Afrika, Selatan, Asia Tengah, Tenggara, dan Timur Tengah. Dia menyimpan rekod semua perjalanannya dan dijadikan sebagai khazanah sejarah dan mendedahkan banyak tentang tamadun zaman pertengahan.

4. Maghribi Mempunyai Sembilan Tapak Warisan Dunia UNESCO

Maghribi adalah antara hub pelancongan terbesar di Afrika Utara. Kestabilan politik negara telah memacu pertumbuhan pelancongan di negara ini. Kerajaan juga berusaha mempromosikan pelancongan di Maghribi. Negara ini mempunyai sembilan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Setiap tapak warisan ini mempunyai nilai sejarah, budaya, dan seni bina yang luar biasa yang menjadikan layak untuk dikunjungi.

5. Resort Ski Tertinggi di Afrika

Terletak kira-kira 80 km dari Marrakesh di Maghribi, Oukaïmeden adalah sebuah resort ski, yang tertinggi seumpamanya di Afrika. Ia terletak di Pegunungan Atlas pada ketinggian antara 8,500 kaki dan 10,500 kaki. Resort ski ini mempunyai enam lif ski dan kemudahan lain untuk membantu pemain ski menikmati pengalaman bermain ski.

SUMBER : Britannica

Misi Bantuan Gempa Marakesh MAPIM

MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Marakesh dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas di Morocco.

Setakat laporan, angka kematian dan kecederaan masih meningkat serta merisaukan! Justeru Infaq serta bantuan sahabat peduli Ummah sangat dirayu serta diharapkan.

MASA UNTUK INFAQ & BANTU
Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivitis MAPIM.

Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM
(Maybank 562263540066)

Atau klik link berikut —>>> https://www.mapim.org/rayuanmarakesh

 

Related Articles

Back to top button