KemanusiaanSemasa

900 Pesakit Gaza Meninggal Dunia Akibat Kelewatan Pemindahan Perubatan — WHO

GAZA — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan angka mengejutkan: lebih 900 pesakit di Gaza meninggal dunia ketika menunggu proses pemindahan perubatan akibat sekatan ketat Israel yang menghalang permit perjalanan dikeluarkan, lapor WAFA.

Menurut WHO, sekitar 16,500 pesakit masih terkandas menunggu kelulusan, termasuk 4,000 kanak-kanak yang memerlukan rawatan segera untuk menyelamatkan nyawa. WHO memberi amaran bahawa setiap kelewatan adalah umpama hukuman mati bagi pesakit kritikal.

Sejak Mei 2024, WHO telah menjalankan 119 misi pemindahan perubatan, berjaya membawa keluar 8,000 pesakit untuk mendapatkan rawatan di luar Gaza termasuk 5,500 kanak-kanak. Namun angka itu masih jauh daripada mencukupi.

Kredit foto SANA

Dalam masa yang sama, hospital di Gaza terus lumpuh, beroperasi kurang daripada separuh kapasiti akibat kekurangan bahan api, ubat-ubatan dan bekalan asas. Ribuan pesakit kini berdepan masa depan yang tidak menentu di tengah keruntuhan sistem kesihatan yang semakin parah.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button