DuniaSemasa

Arab Saudi keluarkan lebih sejuta visa umrah

Kuala Lumpur : Sejak musim ibadah umrah 1443H dibuka semula pada Ogos 2021, kerajaan Arab Saudi sudah mengeluarkan 1,045,898 visa umrah dan seramai 895,499 jemaah telah tiba di negara itu setakat ini.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan, angka itu berdasarkan ketibaan jemaah yang direkodkan di kesemua pintu masuk utama Arab Saudi.

Daripada jumlah itu, jemaah yang menggunakan laluan udara sebanyak 822,736 ketibaan dan 648,858 berlepas, manakala jemaah yang menggunakan laluan darat sebanyak 72,687 ketibaan dan 50,548 berlepas.

“Hanya 148 pergerakan jemaah direkodkan menerusi laluan laut, masing-masing 76 ketibaan dan 72 berlepas”, katanya merujuk statistik setakat 7 April 2022 disediakan Agensi Haji dan Umrah bagi Hal Ehwal Ziarah di Madinah.

Menurut data yang dikeluarkan oleh aplikasi ‘Eatmarna’, angka itu menunjukkan sebanyak 2,534,396 permit ziarah Raudhah telah dikeluarkan membabitkan 611,625 jemaah tempatan, jemaah antarabangsa sebanyak 935,661 dan 987,110 pengunjung.

Bulan lalu, Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan Covid-19, termasuk kuarantin wajib, penyerahan sijil vaksinasi Covid-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di negara itu.

Susulan penurunan kes langkah itu diambil dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berusia 12 tahun ke atas.

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Ummah Today 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button