DomestikSemasa

Buta selepas bersalin, ujian tak terduga

KOTA BHARU: Seorang warga emas dari Kampung Kampung Bunga Mas, Penambang Hilir, di sini, buta selepas melahirkan anak bongsunya lebih 20 tahun yang lalu.

Che Mas Awang, 68, berkata biarpun diuji dengan kehilangan penglihatan selepas melahirkan anak bongsunya, Siti Aisyah Jaafar, 28, dia reda ditarik nikmat penglihatan oleh Allah.

Katanya, ketika usianya belasan tahun, penglihatannya mulai kabur kerana matanya mengalami masalah, terutamanya pada waktu malam, namun hanya menganggap itu perkara biasa.

“Masalah penglihatan yang dialami ketika di usia muda memberi kesan dan saya tidak sangka kedua-dua mata menjadi buta selepas melahirkan anak bongsu.

“Pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor selain ujian CT Scan (pengimbasan tomografi berkomputer) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada waktu itu terdapat masalah dikesan di bahagian selaput mata sehingga menjejaskan penglihatan. Kemudian, mata saya makin lama menjadi semakin kabur sehingga dalam tempoh tiga tahun saya buta sepenuhnya,” katanya.

“Selepas arwah suami saya, Jaafar Ibrahim meninggal dunia pada tahun 2015 disebabkan sakit tua, saya kini tinggal bersama lima anak, menantu serta cucu,” kata Ibu kepada lima anak berusia antara 27 hingga 42 tahun, walaupun beliau mampu menguruskan diri seperti ke dapur atau ke tandas.

-Berita Harian

Oleh Faiz Danial РWartawan Pelatih Ummah Today 

Related Articles

Back to top button