Semasa
COVID-19: 3,346 kes baharu hari ini
KUALA LUMPUR : Hari ini, jumlah jangkitan baharu Covid-19 turun kepada 3,346 kes, daripada 3,684 kes semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes di Malaysia setakat ini sebanyak 2,802,263.