Semasa

284 jemaah Haji Malaysia terakhir selamat tiba di KLIA

SEPANG: Seramai 284 jemaah Haji Malaysia yang menjadi kumpulan terakhir selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pesawat MH8391 pada jam 1:15 petang tadi.

Kumpulan jemaah Haji yang berlepas pada Isnin, jam 10:50 malam (waktu Arab Saudi) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putra Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah telah disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan operasi haji pada tahun ini telah mencapai tiga matlamat utama apabila berjaya membawa jemaah Haji melaksanakan wukuf di Arafah, memastikan keselamatan jemaah semasa pergerakan melibatkan Arafah, Muzdalifah dan Mina serta memastikan keselesaan jemaah semasa berada di Tanah Suci.

“Pengurusan haji yang sistematik ini jelas menunjukkan komitmen berterusan kerajaan Malaysia dan TH yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan jemaah Haji kita“.

“Pelbagai kemudahan dan juga perkhidmatan telah disediakan kepada para jemaah haji Malaysia agar mereka dapat menyempurnakan urusan haji bagi mendapatkan Haji yang mabrur“.

“TH berusaha menambah baik perkhidmatan dan dua peringkat sesi pasca nilai haji yang akan dilaksanakan pada Ogos dan September ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, pihak TH akan memperbaiki perkhidmatan ke tahap yang lebih baik demi menyantuni para jemaah Haji pada musim akan datang.

“Pengurusan Haji Malaysia terus diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi sebagai antara yang terbaik dan menjadi model pengurusan haji contoh bagi negara-negara Islam serta masyarakat antarabangsa dan sekali lagi menerima Anugerah Labbaitom daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Turut sama pengurusan Tabung Haji (TH) iaitu Pengerusi, Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syed Hamadah Syed Othman serta Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Tahun ini, seramai 31,600 jemaah Malaysia menunaikan Haji membabitkan 98 penerbangan pergi bermula 21 Mei sehingga 21 Jun lalu.

Kumpulan pertama pulang pula tiba di tanah pada 4 Julai lalu jam 7:15 pagi waktu tempatan (12:15 tengah hari waktu Malaysia).

BACA JUGA
MAPIM rakan strategik utama program Ibadah Korban Platinum APM

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button