Covid19Semasa

COVID-19 : 2,589 kes harian, KKM jangka jangkitan positif meningkat akibat banjir

PUTRAJAYA : Kes jangkitan positif hari ini mencatatkan angka bawah 3,000 iaitu sebanyak 2,589 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan kes jangkitan ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,721,544 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan peningkatan kes Covid-19 berikutan bencana banjir, selepas saringan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) merekodkan 181 kes positif.

Hasil saringan setakat jam 11 pagi hari ini antara lain membabitkan 117 kes positif di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (empat).

 

Related Articles

Back to top button