DuniaSemasa

Isis semakin tertekan di Syria

Syria : SERANGAN udara Rusia di daerah gurun, Syria timur, mengorbanan 11 anggota pengganas (ISIS). Ini disampaikan Observatorium Syria untuk Hak Asasi Manusia, yang memantau korban konflik setempat yang telah berlanjutan selama satu dekad, Kamis (13/1).

Serangan semalam difokuskan di daerah antara Palmyra dan Al-Sukhna.

“Anggota organisasi Isis bersembunyi di gua-gua di daerah ini,” kata Ketua Observatorium, Rami Abdel Rahman.

Serangan itu menewaskan 11 pengganas ISIS dan mencederakan 20 lain. Beberapa antaranya cedera parah.

Abdel Rahman memaklumkan dia telah mengira sejumlah 229 serangan udara Rusia terhadap sasaran di gurun Syria tahun ini.

Serangan hari ini termasuk anntara paling dahsyar sejak November, ketika Observatorium melaporkan 16 orang tewas dalam barisan pengganas.

Kekhalifahan yang diperjuangkan oleh kelompok ISIS pernah membentang di sebahagian besar wilayah Syria dan Iraq, dan memerintah jutaan penduduk.

Perang yang panjang yang dipimpin oleh pasukan Syria dan Iraq, dengan sokongan Amerika Syrikat dan sekutunya akhirnya mengalahkan ISIS pada Mac 2019.

Sisa-sisa ISIS sebahagian besar kembali ke tempat persembunyian di gurun. Mereka terus mengganggu pemerintah Syria dan pasukan sekutu.

Kelompok itu dikatakan berusaha mendapatkan dana melalui perdagangan dan pemerasan. Sejumlah pemerhati memperingatkan kebangkitan ISIS di wilayah tersebut. (AFP/OL-14)

Related Articles

Back to top button