KUALA LUMPUR : Kes harian positif Covid-19 hari ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6,210 kes baharu berbanding 5,733 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitter miliknya berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 2,413,592 kes.
Sehingga 21 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,210 kes (2,413,592 kes).
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/N5tZKZdHeq
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 21, 2021
Sementara itu, berdasarkan data yang dikongsi Menteri Kesihatan, Khairy Jalamuddin, kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital meningkat dengan Selangor mencatat 23 peratus, diikuti Sarawak (16 peratus), Kuala Lumpur (12 peratus) dan Putrajaya (lima peratus).
Khairy berkata ia adalah antara petunjuk penting yang perlu diberikan perhatian oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
We've included a snapshot view on COVIDNOW to quickly highlight trends. Some leading signs for @KKMPutrajaya to note – hospital admissions in the Klang Valley and Sarawak have increased over the last 7 days. Our analysis and surveillance will ramp up. pic.twitter.com/n9kqIbpvci
— Khairy Jamaluddin ???????????? (@Khairykj) October 21, 2021
Oleh Nurshazlin Shahrom