DuniaSemasa

Pemulihan Covid-19 beri impak pada perubahan iklim

PARIS : Pemulihan Covid-19 yang melibatkan kuasa bahan bakar fosil akan memberi kesan dalam jangka masa panjang terhadap iklim dan tahap kesihatan manusia, merujuk kajian Lancet Countdown hari ini.

Menurut laporan berita The Straits Times, Lancet Countdown adalah kajian tahunan yang terbesar dijalankan bagi mengkaji impak perubahan iklim terhadap kesihatan manusia.

Berdasarkan keputusan kajian, sebanyak 19 peratus daripada tanah di bumi terjejas akibat kemarau ekstrem pada 2020.

Hal ini, sekali gus memberi amaran bahawa perubahan iklim merupakan ancaman utama terhadap keselamatan makanan yang telah menjejaskan lebih dua bilion manusia.

Lancet Countdown turut memberi amaran, pemulihan Covid-19 ini juga akan memberi risiko terhadap masalah ketidakselamatan makanan dan air, gelombang haba serta penyakit berjangkit yang sedang mengancam nyawa masyarakat di seluruh dunia.

Sementara itu, ancaman kebakaran hutan yang semakin meningkat kini menjejaskan populasi di 134 negara berbanding masa  lalu.

Berjuta-juta petani serta pekerja pembinaan hilang sumber pendapatan berikutan cuaca terlampau panas.

Related Articles

Back to top button