KUALA LUMPUR : Kes baharu jangkitan Covid-19 melonjak sehingga mencecah paras 7,000 iaitu sebanyak 7,234 kes direkodkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes di Malaysia setakat ini sebanyak 2,895,014.
Menurutnya lagi, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
Pada 4 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,234 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,895,014 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 4, 2022