PUTRAJAYA : Kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini kembali melepasi angka 3,000 iaitu sebanyak 3,175 kes dilaporkan berbanding 2,641 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkembangan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan virus tersebut di Malaysia sebanyak 2,792,035 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
Pada 11 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,175 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,792,035 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 11, 2022