PalestinSemasa

Dua rakyat Palestin cedera dalam serangan israel di Nablus

NABLUS: Dua warga Palestin pada petang Rabu mengalami kecederaan akibat tembakan dan berpuluh-puluh yang lain terkena gas pemedih mata dalam serangan israel ke atas bandar Burqa, barat laut bandar Nablus Tebing Barat, menurut seorang aktivis tempatan.

Ghassan Daghlas, yang memantau aktiviti penempatan israel di utara Tebing Barat, berkata, pelampau israel di bawah perlindungan tentera, mengamuk di bahagian barat kampung itu, menyerang dan membakar rumah orang awam yang menempatkan kandang lembu serta kebun zaitun di sekitarnya.

Beliau menambah, pemuda dari kampung itu berkumpul dalam cubaan untuk menentang penyerang yang melepaskan tembakan ke udara dan mencederakan dua orang lelaki muda.

Tentera israel campur tangan dalam mempertahankan penyerang, melepaskan gas pemedih mata yang menyebabkan berpuluh-puluh orang kelemasan.

Keganasan pelampau terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka adalah rutin di Tebing Barat serta jarang didakwa oleh pihak berkuasa israel.

Keganasan peneroka termasuk pembakaran harta benda, masjid, melontar batu, mencabut tanaman, serangan ke atas rumah yang terdedah dan banyak lagi.

Terdapat lebih 700,000 pelapau israel tinggal di penempatan penjajah di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button