SemasaSyria

Enam maut, 46 cedera dalam letupan di Syria

DAMSYIK: Satu letupan di pinggir selatan ibu negara Syria, Damsyik, membunuh 6 orang dan mencederakan 46 yang lain pada Khamis, menurut media kerajaan.

Insiden itu berlaku di al-Sudan Street di pinggir bandar al-Sayeda Zainab, di mana bahan letupan yang diletakkan pada motosikal berhampiran sebuah teksi telah diletupkan dari jauh, BERNAMA memetik laporan TV Syria yang dikendalikan kerajaan.

Menteri Kesihatan Syria, Hassan Al-Ghabbash berkata, 20 daripada mereka yang cedera hanya cedera ringan dan dirawat di tempat kejadian manakala selebihnya dibawa ke hospital.

Tambahnya, 11 ambulans bergegas ke al-Sayeda Zainab, kawasan yang didominasi oleh penganut fahaman terpesong berikutan letupan itu.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan bahan letupan itu meletup berhampiran sebuah pos tentera yang digunakan oleh pejuang yang disokong Iran.

Kejadian itu adalah letupan kedua di kawasan berkenaan dalam tempoh 48 jam selepas insiden pada Selasa, 25 Julai lalu.

BACA JUGA
Bekalan makanan ke Syria dikurangkan kerana masalah kewangan


MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button