ISLAMABAD: Pakistan yang mengecam tindakan kumpulan pelampau mencemar naskhah Al-Quran di Denmark pada Rabu berkata tindakan kebencian dan hasutan sedemikian bukan hak kebebasan bersuara.
Dalam kejadian itu, pelampau Denmark turut memijak bendera Pakistan di hadapan kedutaan Pakistan di Copenhagen.
“Bantahan keras telah dibuat kepada kerajaan Denmark. Kami menjangkakan pihak berkuasa Denmark akan mengambil langkah perlu untuk menghentikan tindakan kebencian dan hasutan sedemikian,” menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian awal minggu ini, pelampau di Denmark turut membakar salinan kitab suci itu di hadapan kedutaan Turkiye dan Mesir di Copenhagen.
๐นAround 3,000 protestors hold rally in #Karachi, #Pakistan in response to #HolyQuran being desecrated in Sweden and Denmark. Muslim states across the globe have called for government action and reform.#Quranburning #Sweden #Denmark pic.twitter.com/yrP3xeONfx
โ Khaleej Times (@khaleejtimes) July 25, 2023
“Kerajaan, pertubuhan serantau dan masyarakat antarabangsa bertanggungjawab mengutuk dan secara proaktif mencegah perbuatan keji Islamofobia dan kebencian agama, seperti gesaan Majlis Hak Asasi Manusia PBB supaya negara berkaitan menangani, mencegah dan mendakwa mereka yang melakukan perbuatan jenayah kebencian agama seperti itu,” menurut kenyataan itu.
Pakistan berkata isu Islamofobia juga telah dibangkitkan dalam perbualan telefon bersama Menteri Luar Bilawal Bhutto Zardari dan rakan sejawatannya dari Iran, Arab Saudi dan Turkiye serta Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.
Kementerian Luar Malaysia turut memanggil duta Sweden pada 24 Julai untuk membantah tindakan itu.
Negara-negara Islam mengecam Sweden dan Denmark kerana tidak menghentikan jenayah kebencian anti-Islam dan provokasi.
Kementerian Luar Iraq berkata ‘virus ekstremisme dan kebencian’ menimbulkan ancaman kepada kewujudan bersama masyarakat.
Sementara itu, OIC akan mengadakan sesi mesyuarat luar biasa menteri luar secara maya pada 31 Julai untuk membincangkan provokasi terbaru di Scandinavia.
“Menteri-menteri itu akan menimbang langkah selanjutnya terhadap tindakan provokasi berulang yang mewakili kebencian agama yang disengajakan dan tidak bertoleransi,” kata OIC pada Khamis.
Kumpulan 57 anggota itu baru-baru ini menggantung status utusan khas Sweden ke OIC.
BACA JUGA
Islamofobia: Dengan berselawat, akan selesai semua masalah